Blog Pembentangan Kumpulan

Headline

Wednesday, 18 January 2012

Refleksi minggu pertama

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, dapatlah saya mengikuti semester ini  selepas sebulan bercuti. Saya berasa sangat teruja dan bersemangat untuk mengikuti semester ini lebih-lebih lagi  setelah mengetahui bahawa saya akan mengambil subjek MZU 3104 iaitu pendidikan asas muzik sebagai subjek elektif bagi unit kami. Tidak sabar rasanya untuk saya memulakan semester ini memandangkan subjek ini merupakan satu ilmu yang sukar diperoleh. Walaupun di sekolah terdapat mata pelajaran muzik, namun proses pengajaran dan pembelajarannya tidak dilaksanakan sepenuhnya. Semasa pertama kali masuk ke kelas ini, saya diperkenalkan tentang subjek MZU 3104 ini iaitu pendidikan asas muzik. Setelah mengetahui serba sedikit tentang subjek ini, saya berasa sedikit khuatir dan agak risau untuk mempelajari subjek ini. Subjek ini kelihatannya seperti satu subjek yang agak berat namun sangat menarik. Saya sedar  bahawa subjek ini perlu dipelajari bagi merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) iaitu bertujuan melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek intelek, rohani, emosi, jasmani, dan sosial. Pada saya, subjek ini merupakan satu kemahiran yang sangat berguna dan bernilai. Saya berasa beruntung kerana diberi peluang untuk mempelajari kemahiran ini. Tidak sabar rasanya untuk saya meneruskan pembelajaran bagi subjek ini.        



0 comments:

Post a Comment

Twitter

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

PISMP PENGAJIAN MELAYU (Nota Kursus) Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template